3 September 2010 - 19:30

Masyarakat Syiah meluahkan kemarahan terhadap serangan perarakan hari al-Quds sedunia kelmarin yang meragut 70 nyawa.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Serangan pengganas terhadap perarakan hari al-Quds yang mengorbankan 70 jiwa dan mencederakan 180 orang kelmarin telah mencetuskan kemarahan orang ramai di beberapa wilayah Pakistan.

Hingga saat ini demonstrasi mengutuk serangan tersebut masih berlanjutan dengan seruan perpaduan di kalangan kaum muslimin. Hari ini para  peniaga dan beberapa persatuan Syiah Imamiyah telah bergabung dalam tunjuk perasaan ini.

Pejabat kerajaan, madrasah dan universiti, kedai di kawasan Queta dan beberapa kawasan lain ditutup kerana berkabung.